Hospital Adventist Pulau Pinang sentiasa aktif dalam kerja amal sejak penubuhannya pada tahun 1924. Melalui perkembangan hospital selama ini, kerja amal tidak pernah berhenti. Sebagai kemudahan penjagaan kesihatan yang tidak bermotif keuntungan di wilayah utara Malaysia, Hospital Adventist Pulau Pinang telah berjaya mengeratkan hugungan dan mengubah kehidupan kerana diantara warga korporat dan juga penderma telah menunjukkan bahawa mereka menghargai golongan yang kurang bernasib baik.

Dana Perubatan yang sedia ada untuk pesakit kurang berkemampuan adalah :

Dana Dr. J. Earl Gardner

Menyediakan bantuan kewangan penuh atau subsidi kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik di kawasan tumor, pembaikan selaput, scoliosis, stroke dan pembedahan rumit. Dana ini mengeluarkan RM 552,039 dan membantu 21 pesakit pada tahun 2019.

Dana Pesakit Jantung

Menyediakan bantuan kewangan penuh atau subsidi kepada pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Dana ini mengeluarkan RM 566,459 dan membantu 24 pesakit pada tahun 2019.

Dana Kanser

Menyediakan bantuan kewangan penuh atau subsidi kepada pesakit kanser yang mempunyai rawatan kanser. Dana ini mengeluarkan RM 349,447 dan membantu 14 pesakit pada tahun 2019.

Dana Kebajikan

Pendapatan yang diterima oleh Hospital pada hari Sabat (matahari terbenam Jumaat hingga matahari terbenam Sabtu) disalurkan ke dana ini untuk menyediakan bantuan kewangan penuh atau subsidi kepada pesakit yang memerlukan dialisis, pembedahan katarak, bil kemasukan dan pembedahan kecil. Dana ini mengeluarkan RM 468,833 dan membantu 102 pesakit pada tahun 2019.

Dana Am

Menyediakan bantuan kewangan untuk menyokong pembangunan & pengembangan Hospital, menaik taraf kemudahan, latihan kakitangan dan penajaan pelajar kejururawatan. Dana ini mengeluarkan RM 840,000 dan menaja 30 pelajar kejururawatan pada tahun 2019.

Permohonan Dana Perubatan adalah tersedia untuk :

  • Rakyat Malaysia
  • Semua agama
  • Semua peringkat umur
  • Semua jenis penyakit

Proses Applikasi Dana Perubatan

  1. Dapatkan borang permohonan dari pengawai kebajikan perubatan
  2. Serahkan boring permohonan yang lengkap sertadokumen-dokumen yang diwajibkan
  3. Pengesahan dan lawatan rumah untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat
  4. Jawatankuasa dana amal berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan

Borang Permohonan

Penyebaran Dana

Dana diberikan tanpa pilih kasih, tetapi pemohon mesti memenuhi syarat-syarat tertentu untuk layak. Jumlah yang diedarkan untuk pembiayaan berbeza-beza, berdasarkan keadaan dan keperluan setiap penerima.

Untuk memastikan bahawa dana tidak disalahgunakan, pemeriksaan latar belakang dilakukan pada setiap pemohon oleh kakitangan hospital. Pemeriksaan latar belakang dilakukan untuk menyiasat dengan teliti dan memahami sepenuhnya keperluan setiap pemohon.

Pemohon yang memberikan maklumat palsu untuk memenuhi syarat untuk dana amal akan kehilangan hak mereka dan kehilangan semua hak dan sokongan dana.

Maklumat Hubungan

Untuk pertanyaan, sila hubungi kami di:

LOKASI Charity Department
Telepon +604 222 7603
+604 222 7604
+604 222 7605
+604 222 7606
+604 222 7644
Email charity@pah.com.my
Kalender Dokter